TIPS HIDUP MAMPAN : SAYANG DIRI ANDA HARI INI (SUSTAINABLE LIVING : LOVE YOURSELF TODAY)

SUSTAINABLE LIVING : LOVE YOURSELF TODAY
HIDUP MAMPAN : SAYANG DIRI ANDA HARI INI
====================================

1. Banyak barang terpakai & nak kosongkan ruang rumah anda? Guna idea ini - buat jualan garaj di group whatsapp, tawar pada jiran tetangga atau iklankan di mana-mana iklan online 




2. Nak jimat elektrik? Cuba praktikkan & jadikan kebiasaan, bila keluar sahaja rumah cabut semua plug kecuali peti ais. Nanti share respon anda. Saya dah cuba, memang menjimatkan, pernah beberapa bulan FREE sebelum tarif elektrik naik! 







3. Ada dikalangan anda yg hadapi masalah sinki dirumah sumbat & kawasan rumah berbau & masalah lalat? Ada tak yang praktikkan kumpul bahan buangan melalui penapis plastik di sudut sinki atau terus buang ke sinki? Jika belum terus praktik untuk kebersihan sinki, longkang & komuniti anda. Jika sertkan kain kasa lagi bagus..sampah tersebut boleh di buat baja ðŸ¤”





4. Siapa disini yang ada mesin basuh? Mesti ada kan!. Saya baru sahaja buat jualan garaj mesin basuh...hehehe.
Okey, biasanya kemana anda salurkan air buangan basuhan yang bersabun tu?
ke longkang kan!, okey apakata mulai hari ini kita berhemat sikit, simpan air buangan basuhan tu dan gunakan untuk siraman pokok dilaman. Guna air sabun (bilasan) untuk manfaatkan fosfat dalam detergen. Sekarang detergen biogradable. Saya perhatikan pokok cepat besar kalau guna air bilasan dari mesin basuh. Cadangan : guna detergen yang berasas tumbuhan.
Air tersebut juga boleh diguna untuk tujuan mop lantai dan lain2 perkara yang dikira berbaloi & sesuai. Nanti komen disini ya jika dah praktik.
🤔



5. Perhatian! 
Penggunaan angin yang kurang pada kenderaan anda akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%.

Banyak kan?, so pastikan anda membuat pengisian angin dengan betul mengikut spesifikasi melalui carta berat dan tekanan angin yang biasanya dipaparkan dimana-mana stesen minyak. Pengisian angin hendaklah secara berkala sekurang-kurangnya sekali sebulan. Dapat tip hari ni? boleh komen "dapat". ðŸ¤”




6. Kami menyarankan para pengguna penghawa dingin supaya mengamalkan tip-tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Suhu
Sistem penghawa dingin hendaklah dilaraskan di antara 23 ke 25 darjah celsius. Selain menjimatkan, ia juga memanjangkan hayat penghawa dingin.

2. Bersihkan Penapis
Buat sendiri bersihkan penapis pengawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. ðŸ¤”




7. Menabunglah setiap sen dan ringgit yang anda jimatkan, sila simpan di dalam tabung atau akaun simpanan. Walaupun nilainya kecil, tapi lama-lama membukit. Dan lebih berkat lagi, boleh juga disedekahkan mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing. 






🤔





8. Tanggani & persediaan jangka panjang jika berlaku gangguan air, tekanan rendah, kemarau dan masalah yang berkaitan dengan bijak.

Sebaiknya penyelesaian jangka panjang kepada masalah gangguan air adalah dengan menggunapakai sistem tangki air sokongan atau tambahan yang boleh diaktifkan ketika terjadinya masalah tersebut.

Antara peralatan yang perlu disediakan adalah seperti tangki tambahan & pam air elektrik. Walaupun melibatkan sedikit kos, namun sangat berbaloi jika berlaku gangguan luar jangka. 




9. Bagi rumah yang ada laman berumput, bila potong rumput tu jangan dibuang rumput tu. Kumpul dalam plastik hitam yang agak boleh tahan 2-3 minggu. Bila dah penuh plastik tu dgn rumput yg dipotong ikat penuh dan biarkan 2-3 minggu utk mereput.
Hasilnya, boleh jadi tanah untuk tanaman dalam pasu atau dijadikan baja organik. Jimat dari beli tanah atau baja.


10. Pastikan kelajuan yang sesuai ketika memandu. Sikap dan gaya pemanduan banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta anda. Jangan gopoh ketika memandu dan kurangkan amalan membrek secara mengejut. Tip ini membantu menjimatkan bahan bakar kereta anda. 








11. Guna motor berbanding kereta (bagi yang ada kedua2nya) sekiranya tempat yang dituju dekat sahaja. Nampak simple, tapi ramai yang dah biasa berkereta. ðŸ¤”



12. Menjaga kesihatan, kurangkan pembiayaan perubatan yang mahal?
Ada pepatah bijak yang mengatakan “Lebih baik mencegah daripada mengubati”. Anda perlu menerapkan cara hidup dengan hemat dengan cara menjaga kesihatan Anda.
Yang perlu Anda lakukan adalah menjaga kesihatan Anda. Bagaimana caranya? Anda boleh mulai dgn hidup sihat dengan cara pola makan teratur, jenis makanan yang sihat dan bergizi, serta memperbanyak senaman, walaupun senaman yang ringan sekalipun. Biasakan pola hidup sihat seperti ini setiap hari.
Cara hidup sihat sebenarnya cukup mudah untuk dilakukan, seperti jangan lupa untuk makan buah serta memperbanyak minum air putih. Dan jika Anda tidak berkesempatan untuk senaman ringan di gym serta membayar mahal, Anda boleh buat senaman ringan secara murah dengan cara berlari-lari kecil keliling komplek perumahan Anda ataupun berbasikal. Murah dan manfaatnya sama bahkan lebih baik untuk kesihatan Anda. Jika kita hendak menerapkan cara hidup sihat, sebenarnya kita tidak memerlukan modal yang besar.
Mengapa hal tersebut perlu dilakukan? Seperti yang Anda ketahui bahawa pembiayaan perubatan tidak murah atau cukup mahal. Setidaknya akan lebih mahal jika dibandingkan dengan apabila Anda menerapkan cara hidup sihat. Selain pembiayaan perubatan yang mahal, harga ubat dan perawatan juga jauh lebih mahal.
Maka dari itu, langkah baiknya bila Anda menarapkan cara hidup sihat. 




13. Lakukan Hobi yang Akan Membuat Anda Senang.
Setiap orang tentu memiliki hobi, namun tidak semua orang memiliki waktu untuk menikmati hobinya tersebut, mungkin Anda adalah salah satunya.
Di hari Minggu Anda boleh lakukan apapun hobi yang akan membuat Anda menjadi bahagia dan lebih bertenaga di awal minggu. Anda boleh melakukannya dengan teman-teman atau keluarga yang juga memiliki hobi yang sama dengan Anda, sehingga perkara tersebut terasa lebih mengembirakan dan Anda sekaligus boleh menghabiskan waktu dengan orang-orang terdekat Anda. So, dapat apa yang ingin dikongsikan?


14. Latihan Pernafasan: Tips sihat yang berikut iaitu dengan menarik nafas dalam-dalam lalu lepaskan dengan perlahan. Tips ini bertujuan agar anda lebih rileks sehingga mampu melepaskan semua beban hidup yang membelenggu fikiran anda selama ini. Cuba buat, dan lepaskan stress anda sekarang! 




🤔
🤔


🤔

















🤔







🤔
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...