FIRMAX3 CREAM PENSTABIL HORMON YANG SEMULAJADI



[Soulmax3 (Worldwide) In English]



HORMON SEBAGAI SUMBER PENTING DALAM KEHIDUPAN



Dr Hasrizan Hassan
Naib Presiden (Penyelidikan dan Pembangunan) RF3 World ~


Hormon merupakan sumber penting kehidupan dan fungsi sistem tenaga kita yang mana sistem pengeluaran hormon dari kelenjar  adalah harus SEIMBANG. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami berbagai masalah kesihatan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan kesejahteraan hidup, fikiran  dan jiwa kita.


KESAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON DALAM TUBUH KITA


Kehidupan kita sehari-hari ini banyak dihadapkan dengan berbagai ancaman seperti pencemaran, bahan kimia, ubat-ubatan, penyediaan makanan yang tidak sihat, tekanan hidup yang mana semua ini telah menganggu ketidakseimbangan hormon dalam tubuh dan akhirnya memberi kesan negatif dalam kehidupan kita untuk tempoh jangka panjang.


KESAN KEPADA WANITA



•Fisiologi (umur 20 tahun)
–Muka jerawat, rasa nyeri, haid tak teratur

•Wanita hamil (30 tahun)

–Kurang subur, sukar hamil, imsonia, lemah , cepat letih, kulit cepat berkedut, muka kelihatan tidak ceria, kulit kusam dll.

•Pertengahan umur (40 tahun)

–Payudara kendur, sakit sendi dan otot, tangan dan kaki cepat dingin, pigmentasi kulit, artritis

•Menoupous (50 tahun ke atas)

–Gout, cepat lelah, suka marah, emosi, suka bermalasan, cepat stress, muka terlihat berkedut, rambut beruban dll.




KESAN KEPADA LELAKI



•Fisiologi
–Mudah letih, kaki dan tangan dingin, tidak bertenaga, sembelit, kurang selera makan, turun berat badan,  sakit otot dan sendi, kekejangan

•Psikologi

–Kurang tumpuan, murung, kurang daya ingatan, sensitif, mudah marah, imsonia

•Seksual

–impotensi, kurang ereksi, kurang sperma, nafsu seks lemah

•Fungsi ginjal

–Sukar buang air kencing atau sering kencing, sulit menahan dan banyaknya air kencing tidak menentu

•Sistem kardiovaskular (jantung)

–Sakit kepala, sering panas dingin, denyutan jantung kencang, dingin kaki dan tangan.






Hormon tidak seimbang pada wanita merupakan satu perkara yang sering kita abaikan. Sebenarnya kesannya mampu menyebabkan beberapa penyakit serius. Keseimbangan hormon amat penting agar kita  sihat, aktif, segar dan penuh tenaga. Mari kita ketahui apakah tanda-tanda dan simptom hormon tidak seimbang.

1. Keletihan
Kekurangan atau kelebihan hormon adrenaline boleh menyebabkan tubuh badan terasa letih. Adrenaline adalah sejenis hormon yang dihasilkan apabila kita mengalami stress tinggi atau pada keadaan yang berat. Hormon inilah yang menyebabkan degupan jantung lebih cepat, meningkatkan aliran darah agar lebih cepat penghantaran oksigen ke seluruh tubuh badan dan sebagainya. Semua ini untuk bertindak dalam menentang stress. Bayangkanlah apa akan terjadi jika kita kekurangan atau keebihan dalam hormon ini.

2. Berat Badan
Estrogen adalah hormon yang memainkan peranan dalam perkembangan organ dan sistem reproduksi wanita. Kekurangan hormon ini mungkin akan menyebabkan insomnia, keletihan, perubahan mood yang mana akan menyebabkan kepada penurunan maupun peningkatan berat badan.

3. Hot Flashes  (Gejala rasa panas secara tiba-tiba)
Salah satu kesan hormon tidak stabil adalah keadaan 'hot flashes'. Hal ini terjadi karena tubuh badan didorong untuk membebaskan haba dengan meningkatkan kadar jantung dan pembukaan pada kelenjar peluh. Apa yang mendorongnya? Mungkin hormon yang tidak seimbang, kan??

4. Haid Tidak Teratur 
Ini sebenarnya akan berlaku sebagai tanda-tanda menopause. Namun jika anda berusia 40 tahun kebawah dan putaran haid tidak teratur, ini mungkin disebabkan hormon tidak teratur. Apa yang menyebabkan kita datang haid, dinding rahim menebal, tumpahan darah, semuanya bergantung pada hormon tubuh badan. Maka ketidak seimbangan hormon sudah pasti salah satu sebab penyebab kenapa haid tidak teratur.


Selain dari diatas, terdapat banyak lagi simptom ini termasuk:

•Depresi / stress
•Anxiety (rasa cemas)

•Sukar menurunkan berat badan
•Cravings for sweets (rasa ingin makan makanan manis)
•kurang daya ingat
•Insomnia
•sistem imun melemah
•Infeksi sering berulang
•rasa nyeri
•Perubahan mood yang kuat
•Rasa nervous atau cepat marah tanpa sebab
•Sakit sendi yang semakin kuat.



FIRMAX3 PENYELESAIAN TERBAIK DAN SEMULAJADI UNTUK KESEIMBANGAN HORMON


























Sehingga kini, RF3 World telah menerima 45 Anugerah kecemerlangan dari dalam dan luar negara.




FIRMAX3 sebagai penstabil hormon yang sempurna. Krim FIRMAX3 adalah formulasi sempurna dan diakui sebagai penstabil hormon yg semulajadi yang terbaik. FIRMAX3 bintang baru dalam Bio - Pengubatan yang lebih efektif dan terbukti. Kandungan istimewanya diketahui mengimbangi pengeluaran hormon secukupnya untuk kesihatan dan kehidupan yang sempurna. Juga sebagai meningkatkan imun tubuh, menukarkan phytohormone, mengimbangi metabolisme dan memelihara otot.



TEKNOLOGI NANO

Menyerap dan bertindak cepat dalam beberapa saat saja. Bertindak sebagai anti penuaan, melancarkan darah, mencerahkan, serta menegangkan kulit wajah
Teknik penyerapan melalui teknologi Nano merupakan penemuan bio-teknologi yang terunggul. Ia dapat menghantar ramuan semulajadi ke dalam darah dengan baik tanpa melalui saluran penghadaman. 

Kehebatan teknologi ini terbukti melalui FIRMAX3 bertindak untuk membantu meningkatkan imun tubuh & kecantikan. 1 nanometer = 0.000000001 meter (1m x 10-9).

BERDAFTAR DENGAN KKM & PENGIKTIRAFAN








KANDUNGAN FIRMAX3






Kigelia Africana Extract membantu menegangkan dan melembutkan kulit, Tindak balasnya dengan hormon berfungsi menghilangkan sel parut seterusnya mengembalikan ketegangan dan keanjalan kulit. 


Manjakani membaiki tisu mukosa dan sebagai pencegah penyakit. Manjakani juga membantu dalam proses pemulihan tisu yang rosak. 


Pegaga (Centella Asiatica) Tinggi Vitamin A and C. Membantu proses ‘keratinization’ dan penyembuhan. Meningkatkan sintesis kolagen secara semulajadi. 


Yam Liar (Dioscorea Villosa) kandungan aktifnya, diosgenin boleh ditukarkan kepada phytohormone dengan aktiviti progesterone. Meningkatkan metabolisma. Antioksidan dan memelihara otot. 


Aloe Vera Agen pelembap dalam produk perawatan kulit. menegangkan, merangsang dan memperbaharui kulit untuk kelihatan muda. 


Stem sel Epal Kandungan sel asas dalam Epal adalah tinggi. Sel asas tumbuhan seperti sel asas manusia berfungsi untuk membentuk sel yang baru. 


Tongkat Ali Eurycoma longifolia diakui membantu dalam pembentukan testosterone, Ia digunakan untuk merawat erectile dysfunction dan pulmonary arterial. 


Ekstrak Soya mempunyai kandungan yang hampir sama dengan hormon wanita, kandungan aktif isoflavones boleh ditukarkan kepada pytohormone oleh estrogen. Menambah Estrogen badan. Selain itu ia membantu dalam masalah endocrine, sintesis collagen, juga sebagai agen pemutih dan pelembap. 


Kollagen membantu proses pengantian “soft tissue” dan kartilage yang rosak. Menggantikan sel parut dengan sel yang baru dan sehat. 


Vitamin A Membantu kulit melawan kerosakan akibat radikal bebas. Vitamin A larut dalam lemak membantu pembentukan sel kulit baru. 


Vitamin B3 diperlukan untuk pernafasan sel, membantu menghasilkan tenaga dan metabolisma karbohidrat, lemak dan protein, peredaran darah yang sempurna dan kulit yang sihat. Berkesan untuk merawat kadar kolesterol darah dan mencegah sakit jantung. Ia juga digunakan untuk merawat kencing manis, sakit sendi dan juga migrain. 


Vitamin E Membantu mengurangkan kesan “stretch marks” juga menghindari kesan “age spots”, mengimbangi minyak pada kulit, mencegah kelembaban yg hilang dari kulit dan menguatkan fungsi perlindungan kulit. 


Vitamin B5 berperanan mengawal kandungan kolesterol jenis (LDL, HDL) di dalam salur darah. Selain lemak, Vitamin B5 juga digunakan oleh badan untuk proses pemecahan karbohidrat dan protin kepada tenaga. Juga kebiasaannya digunakan dalam merawat dan mencegah jerawat.






MANFAAT  FIRMAX3

Mengimbangi hormon tubuh, menambah kadar metabolisme ,mengurangkan dagu dua ,mengurangi bawah lengan yang kendur, mengencangkan perut, membentuk otot, menghilangkan simtom menopause, mengurangi kerutan, mengurangi stress dan sakit kepala, menghasilkan hormon thyroxin, menambah seri pada muka dan badan keseluruhan, membentuk paha dan pinggang yang cantik, menghilangkan sakit gigi, membantu masalah sinusitis, meningkatkan keinginan seks.





KESAN PENGGUNAAN

1.   Berlaku penegangan kulit pada seluruh badan.
2.   Menaikkan seri wajah dan kulit.
3.   Kulit kelihatan lebih kencang, cerah berseri.
4.   Mengecilkan pori pori dan garis halus.
5.   Badan terasa lebih panas dan bertenaga.
6.   Menghilangkan rasa sakit
7.   Mengurangkan sakit kepala.
8.   Mengencangkan payudara.
9.   Mengurangi kantung mata.
10. Badan lebih bertenaga
11. Darah haid berwarna merah terang dan lebih cair
12. Mengurangi rasa nyeri


Kesan 1-3 hari penggunaan Firmax3

1. Pada orang yang tinggi kandungan kolesterol, kulit jadi berminyak akibat pembuangan kolesterol melalui kulit pada awal penggunaan.
2. Pakaian terasa lebih longgar.
3. Payudara kembali berisi dan makin kencang.
4. Kulit makin kencang dan tegang
5. garis wajah pada kulit menghilang
Penggunaan berterusan selama 3 bulan akan kekal kesannya kerana hormon badan telah sedia aktif. 


Kesan Pembaikan Firmax3

1. Orang yg hatinya rosak atau darah kotor berkemungkinan akan keluar jerawat pada kulit karana kesan penyucian darah dalam masa 1-7 hari permulaan tetapi akan hilang dan tak meninggalkan bekas.
2. Orang yang tinggi Kolesterol, muka dan kulit jadi makin berminyak akibat pembuangan lebihan lemak bawah kulit setelah 1-3 hari penggunaan.
3. Haid yang pertama selalu lebih awal 2-3 hari pendarahan lebih dari biasa masa haid pertama akibat pencucian rahim.






































Inilah Masanya Untuk Jadikan Diri Anda

CANTIK, SIHAT DAN RASA HEBAT



Miliki Firmax3 dengan Harga RM170/botol dgn Kos Pos PERCUMA (Jimat RM10) (+) Hadiah Eksklusif (Tawaran Terhad) 


                                  <<KAMU NAK CIPTA PENDAPATAN DENGAN SBBD RF3WORLD?>>


PAKEJ-PAKEJ TERKINI SBBD RF3WORLD?

Harga Pakej Ahli Gold RM990.00 (6 botol – saiz 30ml) 
Harga Pakej Ahli Diamond RM2,310.00 (14 botol – 30ml) 

Antara kelebihan menjadi Ahli RF3 World, mendapat Harga Diskaun & Untung Runcit 29% ke atas! Ejen di alu-alukan!




Nota:

+ Jenama dan produk Firmax 3 adalah milik syarikat RF3 World Sdn Bhd.

+ Produk ini boleh didapati melalui pesanan di atas talian atau dari pengedar RF3 World Sdn Bhd.

+ RF3 World Sdn Bhd membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar dengan merujuk ejen yang berdaftar di link di atas.






















                    

KISAH & TAULADAN DARI FILEM PELE : BIRTH OF A LEGEND


pele_film_poster
Seorang tokoh akan menjadi luar biasa hanya apabila beliau mempunyai jati diri yang cukup tekad dan percaya akan jati diri tersebut. Inilah kisah Pele, atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento, yang mana nama panggilan kampungnya, Dico.

Kisah perjuangan anak muda ini menjadi legenda apabila beliau menginspirasikan kemenangan Brazil dalam Piala Dunia pada kali pertama pada tahun 1958. Perjuangan ini bukan biasa biasa. Kerana perjuangan ini memerlukan kebangkitan maruah sebuah bangsa. Ini juga kisah kesungguhan dan perjalanan latihan yang luar biasa; fizikal, mental, emosi, dan jati diri. Entah berapa kali kecewa, tapi jangan pernah putus asa.

Kisah ini dimulakan dengan kesedihan keseluruhan warga Brazil, apabila gagal dalam Piala Dunia 1950 dan seterusnya 1954. Kegagalan ini diertikan dengan kegagalan ‘The Ginga’, stail permainan samba yang menjadi tradisi dan darah daging kaum peladang Brazil sejak abad ke-16 lagi. Harus dicatatkan nota bahawa bola sepak dengan gaya samba ‘The Ginga’ merupakan gaya yang meletakkan semangat kepahlawanan dalam diri warga Brazil. Tradisi kepahlawanan menentang Kapitalis dan melawan kezaliman. Semangat seni bela diri ‘Capoera’ diserapkan dalam keindahan dan samba ‘The Ginga’. Lalu, apabila ‘The Ginga’ disalahkan sebagai faktor kekalahan Brazil dalam Piala Dunia, maka, citra bola sepak ini merupakan isu maruah melibatkan seluruh warga. …Dan, di sinilah bermulanya cerita pejuang legenda, Pele.

Nama ‘Pele’ juga sebenarnya merupakan nama ejekan golongan elit kepada kebodohan pemuda kecil Dico yang punya semangat yang tinggi bersama teman teman sepermainan. Beliau bangkit memulakan kemustahilan seawal usia 9 tahun, membangkitkan semangat ‘The Ginga’ pemuda kampung menentang kumpulan elit yang ego, anak anak orang kaya (barangkali majikannya kulit putih). Perlawanan epik ini yang akhirnya menjadi perhatian Pencari Bakat dari kelab ternama, Santos terhadap bakat dan kemahiran Dico.

Citra kerosakan jati diri ini telah menular ke segenap lapisan kelompok elit masyarakat, sehinggakan mereka merasakan satu satunya cara untuk memenangi Piala Dunia ialah kemestian untuk mengikuti cara Eropah. Apa lagi, tidak pernah berlaku negara Latin memenangi Piala Dunia di tanah Eropah! Jurulatih mereka, Feola, juga berpandangan serupa, dan mengugut Dico agar jangan sesekali menggunakan ‘The Ginga’, jika mahu berada dalam pasukan Brazil.

Pele, bukan berseorangan. Sebagaimana tokoh perjuangan lain lainnya, beliau punya inspirasi dan mentornya, iaitu ayahnya sendiri. Ayahnya tidak pernah berputus asa dengan anak sulungnya ini. Beliau sentiasa punya cara dan kisah buat pengajaran bagi menaikkan semangat Pele. Kata ayahnya, “Kita akan gagal, apabila kita berhenti percaya kepada jati diri kita”.
Katanya lagi pada malam sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 1958, ketika Pele berusia 18 tahun, “…untuk memenangi Piala ini, kamu tidak boleh berseorangan. Kamu perlu beri suntikan inspirasi ‘The Ginga’ kepada seluruh pasukan kamu.” dan, itulah yang dibuat oleh Pele. Fahamlah kita, Pele menjadi legenda bukan kerana kehebatannya di atas padang sahaja.

Jurulatih mereka, Feola, akhirnya memutuskan, “Kamu lupakan segala apa yang saya beritahu kamu sepanjang minggu terakhir ini tentang formasi bola sepak Eropah. Kita ini berbeza daripada mereka. Itu yang menjadikan kita indah. Mari kita akan tunjukkan mereka keindahan permainan Brazil.”

…Apabila menonton kisah sebegini, dan melihat kembali diri kita dan sekeliling kita, kita akan tertanya kembali, tanyakan soalan, apakah jati diri orang melayu? orang Malaysia? Apakah yang menjadi maruah kita? Bagaimana kita memartabatkan diri, bangsa yang memaknakan jati diri kita?
Ternyata, perjalanan kita masih jauh lagi…
Anak muda… bangkitlah!

credit to fikrahimayu dot wordpress dot com

Berkongsi pengajaran dari pengalaman dan pengajaran dari Christiano Ronaldo!

Berkongsi pengajaran dari pengalaman dan pengajaran dari Christiano Ronaldo!
=============================

Ketika menerima satu anugerah baru-baru ini, beliau telah dedikasikan anugerah yang terima kepada.....Alberto Fantrau.

Kata beliau "Benar saya adalah pemain bola terunggul dan semua kejayaan adalah atas jasa besar sahabat saya Alberto".
Orang ramai saling berpaling sama sendiri dan bertanya "Siapakah Tuan Fantrau ini ?".
.
Seterusnya Ronaldo menyambung.  "Kami bermain bersama di dalam pasukan remaja.  Waktu pencari bakat dari Sporting Lisbon datang memerhati kami, mereka maklumkan sesiapa yang menjaringkan gol terbanyak bakal terpilih untuk diserap ke Akademi Sukan kami.
.
Hari itu kami menang 3-0.  Gol pertama dijaringkan oleh saya, Albert pula menanduk dan menjaringkan gol kedua.  Gol ketiga adalah yang membuat ramai terpesona hari itu.
.
Alberto bermula dari sayap tepi, langsung berhadapan dengan penjaga gol pihak lawan dan mengelecek pula penjaga gol tersebut dan hanya pintu gol kosong, terbentang luas untuk dikuis masuk ke gawang sahaja.
.
Saat itu saya pula sedang berlari di sisi beliau.  Dari upaya untuk menjaringkan gol ke gawang yang kosong sendiri, Alberto membuat keputusan untuk menghantar bola kepada saya dan akhirnya sayalah yang menjaringkan gol ketiga.

Demikianlah bagaimana saya mendapat tempat di Akademi Sukan Sporting Lisbon.  Selepas tamat perlawanan saya bertemu beliau dan bertanya " kenapa lakukan sedemikian tadi? Jawab beliau "Kerana kamu adalah pemain yang lebih baik dari saya".
.
Libat rasa dan perasaan ingin tahu lebih lanjut dari para wartawan, mereka mula menyiasat hingga akhirnya berjaya menjejaki dan bertemu Alberto Fantrau.  Langsung mereka bertanya kisah yang diceritakan Ronaldo adalah  benar sebenarnya.
.
Beliau menegaskan yang ia benar dan selepas perlawanan itu karier beliau terus terkubur dan dari saat itu beliau hidup menganggur hingga ke hari ini.
.
Namun begitu para wartawan melihat beliau dengan rumah yang mewah dan sebuah kereta Mercedes Mewah diparkir di garaj beliau dan bertanya lagi pada Alberto.  "Tanpa kerja tetap bagaimana tuan mampu memilikki harta-harta ini?  Tuan tampak selesa dengan keadaan sekarang" .
Alberto menjawab: Semua ini?..adalah dari Ronaldo.
.
Iktibar kisah ini:
---------------------
Muhasabah sesama kita dan bertanya soalan ini.  Berapa ramai antara kita sanggup untuk laksanakan seperti apa tindakan yang Ronaldo dan Alberto buat ? Sebaliknya ramai kita menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghargai bantuan setelah dihulur orang lain.
.
Sahabat semua, ayuh kita sama berubah, ayuh kita sama membantu dan zahirkan rasa bangga atas kejayaan  mereka yang disekeliling kita.  Sama ada adik beradik, rakan taulan dan keluarga sendiri.

Apabila kita capai anugerah kejayaan, bersyukur atas kejayaan dan jangan jadi kacang lupakan kulit.  Setiap mereka yang terlibat dalam kejayaan kita, jangan lupakan budi mereka.  Lebih lagi jangan dilupakan Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Menghakimi kita.
 .
Jadilah sebahagian dari kejayaan orang lain.
.
Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat kerana menjadi sahabat yang setia, penasihat dan pembimbing jalan.

Alhamdulillah.

(terjemah dari WA, mystorycafe)
2.18am 9 Mei 2017)
www.laman27.blogspot.com
#sukashare








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...