Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000




Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.
Siapa dia lelaki terkaya Asia?
Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion !!!. Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.
Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Terpengaruh dengan usahawan muda Li Ka-Shing

Saya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Dan memang terbukti pengaruh itu banyak membantu saya menjadi usahawan seperti mana yang saya ada sekarang.
Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya memakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.
Mungkin sebab itu saya juga memakai jam Seiko, limited edition yang saya pakai sejak tahun 2001 dahulu. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli jam mahal setiap kali saya meronda di kedai jam mewah, jam Seiko yang masih utuh dan tepat waktunya itu sering mengingatkan saya pada jam Li Ka-Shing (Anda tak perlu ikut cara saya dalam bab pakai jam ini… hehehe)
Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.
Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.
Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.
Oleh kerana suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.
Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.
Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….
Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.


Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.
  1. Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
    1. Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
    2. Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
    3. Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.
  2. Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
    1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
    2. Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
    3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.
  3. Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
    1. Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
    2. Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.
  4. Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.
  5. Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
    1. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
    2. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.
Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan perabih duit dengan beli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tai bukan ketika anda masih muda dan miskin.
Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar… kenapa dia kata begitu saya tak pasti. Kalau anda nak info & tips lebih lanjut lagi, sila klik disini.
Demikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk usahawan muda yang membaca blog ini. Dalam bab belanja makan sebulan sekali, jangan lupa peruntukkan sekali sekala untuk belanja saya makan. Mungkin saya lebih banyak ilmu dari anda dan mungkin saya juga lebih kaya dari anda, jadi dah memenuhi kriteria untuk belanja saya makan.
Anda boleh tempah masa jika saya ada kelapangan untuk belanja saya makan. Asalkan anda ada hasrat untuk jadi usahawan muda yang berjaya satu hari nanti, saya berbesar hati untuk berkenalan dan berkongsikan ilmu dengan anda. Selamat berusaha dan moga berjaya!!!
Sumber : Toodia.my




Ramalan masa depan

Pada tahun 1998, Kodak mempunyai 170,000 pekerja dan menjual 85% daripada semua kertas foto di seluruh dunia. Dalam masa hanya beberapa tahun, model perniagaan mereka hilang dan mereka menjadi muflis. Apa yang berlaku kepada Kodak akan berlaku dalam banyak industri dalam tempoh 10 tahun akan datang - dan kebanyakan orang tidak melihatnya.
Adakah anda fikir pada tahun 1998 yang 3 tahun kemudian anda tidak akan mengambil gambar pada filem kertas lagi? Namun kamera digital dicipta pada tahun 1975. Kamera pertama hanya mempunyai 10.000 piksel, tetapi mengikut teori 'Law Moore', semua teknologi berkembang secara eksponen, ia mengambil masa yang lama sebelum ia menjadi budaya dan arus perdana dalam hanya beberapa tahun sahaja.
Ia kini akan berlaku dengan Kepintaran Buatan, kesihatan, kereta autonomi dan elektrik, pendidikan, percetakan 3D, pertanian dan pekerjaan. Selamat datang ke Revolusi Perindustrian ke-4. Selamat datang ke Zaman eksponen.
Perisian akan mengganggu industri yang paling tradisional dalam 5-10 tahun akan datang.
Uber hanyalah alat perisian, mereka tidak mempunyai apa-apa kereta, dan kini syarikat teksi terbesar di dunia. sekarang Airbnb ialah syarikat hotel terbesar di dunia, walaupun mereka tidak memiliki apa-apa harta.
Kepintaran Buatan: Komputer menjadi lebih baik dalam memahami dunia. Pada tahun ini, komputer menewaskan pemain terbaik Go di dunia, 10 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.
Di Amerika Syarikat, peguam muda sudah tidak mendapat pekerjaan disebabkan oleh teknologi IBM Watson, anda boleh mendapatkan nasihat undang-undang (asas) dalam masa beberapa saat, dengan 90% ketepatan berbanding dengan 70% ketepatan apabila dilakukan oleh manusia.
Jadi, jika anda belajar undang-undang, berhenti serta-merta. Akan ada 90% lebih sedikit peguam pada masa depan, hanya pakar akan kekal.
Teknologi Watson telah membantu jururawat mendiagnosis kanser, 4 kali lebih tepat daripada jururawat manusia.

Facebook kini mempunyai perisian pengecaman corak yang boleh mengenali wajah yang lebih baik daripada manusia. Pada tahun 2030, komputer akan menjadi lebih bijak daripada manusia.
Autonomi Kereta: Dalam 2018 kereta pandu sendiri yang pertama akan muncul untuk orang ramai atas jalan raya. Sekitar tahun 2020, industri automatif akan mula terganggu.
Anda tidak mahu memiliki kereta lagi. Anda akan memanggil kereta melalui telefon, ia akan muncul di lokasi anda dan memandu anda ke destinasi anda. Anda tidak perlu untuk park kereta, anda hanya membayar untuk jarak perjalanan dan boleh menjadi produktif semasa dalam perjalanan.
Anak-anak kita tidak perlukan lesen memandu dan tidak akan memiliki kereta. Ia akan mengubah bandar-bandar dengan berkurangnya 90-95% kereta atas jalan raya.
Kita boleh mengubah tapak letak kereta menjadi taman-taman. 1.2 juta orang mati setiap tahun dalam kemalangan kereta di seluruh dunia. Terdapat satu kemalangan bagi setiap 100,000 km. Dengan teknologi pemanduan auto, satu kemalangan berlaku dalam 10 juta km. Ini dapat menyelamatkan satu juta nyawa setiap tahun.
Kebanyakan syarikat kereta akan muflis. syarikat-syarikat kereta Traditional cuba pendekatan evolusi dan hanya membina kereta yang lebih baik, manakala syarikat-syarikat berteknologi (Tesla, Apple, Google) akan melakukan pendekatan revolusioner dengan fokus membina sebuah komputer beroda. Saya bercakap dengan banyak jurutera dari Volkswagen dan Audi; mereka benar-benar takutkan Tesla.
Syarikan Insuran akan mempunyai masalah besar kerana tanpa kemalangan, insurans akan menjadi 100x lebih murah. model perniagaan insurans kereta mereka akan hilang.
Hartanah akan berubah. Kerana jika anda boleh bekerja semasa anda berulang-alik, orang akan bergerak lebih jauh untuk hidup di kawasan kejiranan yang lebih cantik.
Kereta elektrik akan menjadi pilihan utama bermula tahun 2020. Bandar akan kurang bising kerana semua kereta akan berjalan menggunakan elektrik. Elektrik akan menjadi sangat murah dan bersih: Pengeluaran Solar telah berada di lengkung eksponen selama 30 tahun, tetapi anda hanya tahun ini anda boleh melihat kesannya. Tahun lepas, lebih banyak tenaga solar telah dipasang di seluruh dunia berbanding fosil. Harga bagi solar akan jatuh begitu banyak hingga menjadikan syarikat arang batu akan muflis pada tahun 2025.
Dengan elektrik murah, air juga murah dan banyak. Rawatan air kini hanya memerlukan 2kWh per meter padu. Bayangkan apa yang boleh dilakukan jika sesiapa sahaja boleh mendapat bekalan air bersih sebanyak yang dia mahu, hampir tanpa sebarang kos.
Kesihatan: Akan ada syarikat-syarikat yang akan membina peranti perubatan (dipanggil "Tricorder" dari Star Trek) melalui telefon anda, yang mengambil imbasan retina anda, sampel darah anda dan anda bernafas ke dalamnya. Ia kemudian menganalisis 54 biomarkers yang akan mengenal pasti hampir mana-mana penyakit. Ia akan menjadi murah, jadi dalam beberapa tahun semua orang di planet ini akan mempunyai akses kepada perubatan bertaraf dunia, hampir secara percuma.
Percetakan 3D: Harga pencetak 3D semakin murah, turun dari USD18,000 kepada USD400 dalam tempoh 10 tahun. Dalam masa yang sama, ia menjadi 100 kali lebih cepat. Semua syarikat kasut utama telah mencuba kasut percetakan 3D. Bahagian kapal terbang ganti dicetak 3D terus di lapangan terbang. Stesen angkasa kini mempunyai pencetak 3D yang menghapuskan keperluan untuk sejumlah besar penyimpanan alat ganti.
Pada akhir tahun ini, telefon pintar baru akan mempunyai kemungkinan imbasan 3D. Anda kemudiannya boleh mengambil gambar 3D kaki anda dan mencetak kasut yang sempurna di rumah. Di China, mereka sudah mencetak 3D sebuah bangunan pejabat 6 tingkat lengkap. Pada 2027, 10% daripada segala-galanya yang dihasilkan adalah daripada percetakan 3D.
Peluang Perniagaan: Jika anda memikirkan niche perniagaan baru, tanya diri anda: "Pada 3-5 tahun lagi, adakah produk atau perkhidmatan itu masih diperlukan?" dan jika jawapannya ya, bagaimana anda boleh membuat yang berlaku lebih cepat? Jika ia tidak berfungsi dengan telefon anda, lupakan idea bisnes itu. Ini boleh dijadikan idea bisnes untuk anda usahakan dari sekarang!. Idea bisnes ini juga boleh diketengahkan.  Dan apa-apa idea yang direka untuk berjaya dalam abad ke-20 ini telah ditakdirkan gagal pada abad ke-21.
Kerja: 70-80% daripada pekerjaan akan hilang dalam tempoh 20 tahun akan datang. Akan ada banyak pekerjaan baru, tetapi pekerjaan ini akan cukup untuk orang ramai.
Pertanian: Akan ada robot dengan kos USD100 sebagai petani pada masa hadapan. Petani di negara-negara dunia ke-3 kemudian boleh menjadi pengurus kebun mereka dan bukannya bekerja sepanjang hari di bidang masing-masing.
Pada masa ini, 30% daripada semua permukaan pertanian digunakan untuk lembu. Bayangkan jika kita tidak memerlukan ruang itu lagi. Terdapat beberapa syarikat permulaan yang akan membawa protein serangga ke pasaran. Ia mengandungi lebih protein daripada daging. Ia akan dilabelkan sebagai "sumber protein alternatif" (kerana kebanyakan orang masih menolak idea makan serangga).
Terdapat sebuah aplikasi yang dipanggil "moodies" yang sudah boleh memberitahu di mana mood anda berada. Sehingga tahun 2020 akan ada aplikasi yang boleh memberitahu dengan ekspresi muka anda jika anda sedang berbohong. Bayangkan perdebatan politik di mana ia dipaparkan apabila mereka bercakap benar dan apabila tidak.
Bitcoin akan menjadi arus perdana tahun ini dan juga mungkin menjadi mata wang rizab.
Panjang umur: Buat masa ini, purata kenaikan jangka hayat adalah 3 bulan bagi setiap tahun. Empat tahun lalu, jangka hayat yang digunakan adalah 79 tahun, kini ia 80 tahun. Pada tahun 2036, angka itu akan mencapai tahap yang tinggi. Oleh itu, kita semua boleh hidup untuk jangka masa yang lama, mungkin cara yang lebih daripada 100.
Pendidikan: telefon pintar paling murah sudah pada USD10 di Afrika dan Asia. Sehingga tahun 2020, 70% daripada semua manusia akan memiliki telefon pintar. Anda boleh dapatkan info & tips berkenaan sistem telefon disini. Ini bermakna, semua orang mempunyai akses yang sama kepada pendidikan bertaraf dunia.
Robert M. Goldman MD, PhD, DO, FAASP
Pengerusi-International Suruhanjaya Perubatan Dunia
Co-Pengasas & Pengerusi Lembaga-A4M
Pengasas & Pengerusi-International Sports Hall of Fame
Pengasas & Pengerusi-World Academy of Anti-Aging Medicine
Presiden Emeritus-National Academy of Sports Medicine (NASM)
Pengerusi A.S.. Lembaga Sukan Akademi Pelawat

Tong Biru - BlueDrum

LIMITED OFFER


Kami membekal tong biru 120L & 160L open top siap cuci.
Pakej penghantaran sekitar *lembah klang
dengan harga RM45 sebiji untuk Saiz 120L dengan
minima pembelian 50 biji dan ke atas.


Pakej penghantaran sekitar *lembah klang
dengan harga RM55 sebiji untuk Saiz 160L dengan
minima pembelian 50 biji dan ke atas.


Berminat terus hubungi di talian 019-4466881.
*kawasan2 yang berkenaan sahaja.


#TongBiru
#whatsapp0194466881




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...